Thursday 5 May 2011

CURRICULUM VITAE RAHIMAH HAJI A. HAMID

JERITAN BATIN KU DAN SEPI SEORANG PERINDU

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Fk0TS-j8kLU] Jamal Abdillah  dan Saleem

[youtube=http://www.youtube.com/results?search_query=sepi+seorang+perindu&aq=5] Jamal Abdillah

MENGELAKKAN SIHIR: AYAT-AYAT RUQYAH

AYAT RUQYAH BACAAN IMAM MASJIDIL HARAM

 (SILA KLIK LINK DI ATAS UNTUK MENDENGAR BACAANNYA)
Saya membaca di dalam face book tentang dua orang wanita yang mengikuti kuliah Subuh di sebuah masjid. Dalam kuliah itu dikhabarkan kehebatan ayat Ruqyah oleh si penceramah. Sayang sekali saya tidak mencatatkan alamat face book wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, pembacaan tentang perkara tersebut membuatkan saya tertarik untuk menyelidik tentang perkara ini. Lantas saya mencari maklumat di dalam internet apakah maksud ayat Ruqyah dan kegunaannya.
Secara mudahnya, ayat Ruqyah adalah himpunan beberapa potong ayat suci al-Quran daripada beberapa surah. Ayat ini digunakan untuk mengelakkan dan juga melepaskan diri seseorang daripada sihir, malah digunakan oleh ramai pengamal perubatan tradisional Islam untuk mengubati pesakit yang terkena sihir.

Apakah maksud sihir? 
Menurut Kamus Dewan, sihir adalah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib), yang  melibatkan makhluk halus. Sementara itu menyihir adalah perbuatan menggunakan sihir melalui amalan tertentu dengan mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta pertolongannya" (al-Laith). Sihir mampu menyebabkan sesuatu perkara terpesong daripada hakikatnya kepada sesuatu yang lain" (al-Azhari). Sementara itu, tukang sihir berkebolehan menampakkan sesuatu yang bathil itu menjadi seolah-olah benar dan mengubah sesuatu daripada hakikat kejadiannya. Sebab itulah, Ibnu Manzur  menyatakan bahawa seseorang  tukang sihir itu mampu  mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal.

Mengikut suatu riwayat oleh Syamr daripada Ibnu A'isyah, orang-orang Arab telah menggunakan istilah sihir bagi perbuatan seseorang yang boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit. Walau bagaimanapun, perlakuan sihir jarang dikesan kerana mengikut Mu'jam al-Wasith, perbuatan menyihir itu adalah "sesuatu yang lembut dan tersembunyi”. Justeru Ibnu Faris berpendapat, bagi kaum Arab,  sihir itu adalah  menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran". Sementara seorang pengarang bernama Muhith al-Muhith menyatakan sihir itu menampakkan sesuatu yang buruk itu kepada bentuk yang cukup baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah. Sementara itu dari segi syarak,  Fakhruddin al-Razi menyifatkan sihir sebagai perkara yang tidak diketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya kerana telah terjadi  sesuatu yang mengelirukan dan penipuan.

Manakala  Ibnu Qudamah al-Maqdisi pula menyebut bahawa  sihir mampu menghalang  suami isteri bersatu,  kata-kata dan bentuk  jampi atau ucapan tertentu atau yang ditulis dalam bentuk tulisan dengan tujuan memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa perlu  menyentuhnya. Sihir boleh membunuh mangsanya, mendatangkan penyakit, menyebabkan seseorang suami  tidak boleh menggauli isterinya, menyebabkan berlakunya perceraian, menimbulkan rasa kebencian antara seseorang dengan seseorang yang lain,  atau menyemarakkan cinta dan syahwat (rujuk http://www.resepirahsiaku.com dan http://www.rawatansihir2u.com).

Pada dasarnya, sihir telah membudaya dalam kehidupan manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Dalam peradaban Mesir kuno misalnya, 'pandai sihir' dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka diberi kedudukan istimewa oleh raja atau para pembesar, malah disanjung sebagai 'belahan Tuhan'. Justeru mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap  pemerintahan negara. Para penyihir boleh melakukan perkara baik demi mengukuhkan kedudukan seseorang pemerintah, malah boleh pula menjahanamkan atau meruntuhkan sesebuah kerajaan. Pada ketika itu, kepercayaan masyarakat Mesir kuno kepada kuasa tangkal amat kuat. Lantaran itu, Egyptologist Mesir, Salim Hasan telah menghasilkan sebuah Ensiklopedia Mesir kuno yang memaparkan kepercayaan masyarakat ini yang mendalam terhadap tangkal buatan tukang-tukang sihir (rujuk http://mawarhanin.blogspot.com).  Justeru tidak peliklah jika kita di Malaysia ditayangkan dengan siri televisyen popular Marvin, iaitu suatu kisah tentang seorang pemuda baik yang membantu Prince Arthur dan bapanya untuk menundukkan sihir yang jahat dalam kerajaan Camelot. Hal ini  kerana orang Eropah juga cukup percaya dengan sihir. Di negara Germany ini, siri itu juga amat popular dan ditayangkan secara bersiri seperti di Malaysia juga. 

            Di negara Afrika, sihir mendapat kedudukan yang istimewa. Dengan menggunakan anak patung, roh seseorang itu dipuja untuk memenuhi kehendak nafsu penyihirnya. Bahkan, kalau benci akan seseorang, dengan bacaan sihir tertentu, anak patung itu akan dicucuk dengan jarum peniti hingga orang yang disihir menderita sakit dan akhirnya meninggal dunia. Masyarakat Malaysia pernah digemparkan dengan kisah remaja perempuan Malaysia ditahan di beberapa penjara di negara luar kerana membawa dadah setelah tergoda kepada lelaki Afrika. Jika tidak tertangkap, remaja yang digoda oleh lelaki Afrika ini biasanya akan  dipergunakan sebagai alat pemuas nafsu seks atau dijadikan pelacur. Akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2010 melaporkan bahawa terdapat sindiket antarabangsa yang didalangi warga Afrika di Malaysia yang dipercayai mengamalkan sihir pukau kuno, iaitu voodoo untuk memperdayakan wanita tempatan bagi pelbagai tujuan jenayah, termasuk sebagai penyeludup dadah. Kegiatan ini dikatakan berleluasa sejak setahun lalu, dengan mangsa turut dijadikan  habuan seks anggota sindiket sebelum dilacurkan, selain daripada diperalatkan untuk kegiatan pemalsuan wang dan kad kredit hingga ke luar negara (rujukhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/WargaAfrika%20gunavoodoopukauwanitabawadadah/Article/).
http://www.resepirahsiaku.com). Apabila si suami termakan nasi ini, maka si isteri itu akan  mampu  menguasai suaminya supaya  mengikut segala kehendaknya, malah dapat  menutup keinginan atau nafsu suaminya terhadap  wanita lain (lihat Muhammad Ar-Razi, 1985: 240-241). Bahkan menurut Muhammad, dengan jampi-jampi tertentu, seseorang itu mampu membuatkan suaminya melihat hanya dirinya seorang sahaja yang  cantik, manakala wanita lainnya berwajah hodoh semacam monyet. Hal ini berlaku kerana wujudnya jin-jin-jin yang mampu mengubah pandangan seseorang itu hingga berasa benci kepada semua wanita lain, kecuali isterinya yang telah memberinya makan nasi tangas itu. 



          Di Malaysia, kepercayaan terhadap sihir juga amat kuat. Betapa pun Islam menjadi pegangan hidup, ramai orang yang masih menggunakan sihir untuk tujuan tertentu. Pada hal, kepercayaan kepada sihir ini boleh menyesatkan dan merosakkan aqidah seseorang kerana boleh menyebabkan seseorang itu menyekutukan Allah ataupun mensyirikkan Allah SWT. Antara amalan yang dilakukan, misalnya oleh segelintir wanita, adalah melakukan perbuatan menganiayai  suami mereka sendiri dengan memberinya  makan "nasi kangkang" atau "nasi tangas." Konon ceritanya, seseorang wanita yang mahu menundukkan nafsu suaminya hanya perlu duduk dalam keadaan bertinggung dan mengangkang di atas  nasi yang panas berwap dengan  merapatkan punggung kepada nasi tersebut selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit sambil membaca sihir tertentu (lihat

          Selain itu, wujud segelintir orang Melayu yang “lumrah”nya beragama Islam  ini yang sanggup bertemu dengan bomoh Siam, bomoh Orang Asli atau sami di kuil Hindu untuk menyihir seseorang  sama ada sebagai ilmu pengasih dan ilmu guna-guna untuk mendapatkan seseorang lelaki atau seseorang perempuan; atau untuk membalas dendam dengan memusnahkan kehidupan orang lain yang dibencinya. Ustaz Khazim Elias dalam ceramahnya pernah menceritakan bagaimana keadaan hidupnya apabila disihir oleh sepasang suami isteri dengan bantuan bomoh orang asli. Mereka sanggup menghamburkan wang ribuan ringgit kepada seorang bomoh Orang Asli untuk memuaskan dendam sahaja. Hal ini boleh dirujuk melalui ceramahnya di dalam youtube. Akibat daripada sihir ini, seseorang mangsa akan berubah kelakuannya kerana fikiran warasnya telah dipesongkan oleh makhluk jin yang dihantar oleh seseorang melalui sihir itu.

Pembacaan saya dalam pelbagai tulisan menemukan begitu banyak sekali kisah tentang sihir ini dalam pelbagai budaya dan bangsa di dunia. Yang paling mengejutkan adalah lagi maju kehidupan sesebuah masyarakat, lagi moden dan canggih pencapaian sains dan teknologinya, maka lagi ramai  orang yang percaya akan kebolehan bomoh dan pandai sihir ini. Pembacaan saya juga menemukan bahawa antara barang yang diperlukan oleh tukang sihir untuk menyihir seseorang adalah:
  • Gambar penuh mangsanya dari kepala hingga ke kaki. Saya mendapati bahawa gambar seseorang itu sangat mudah diperoleh pada zaman ini kerana melalui laman sosial di dalam internet seperti twitter dan face book sahaja misalnya, gambar seseorang itu boleh diambil dengan sempurna melalui teknik "crop" sahaja.
  • Pakaian dalam seseorang yang mahu dijadikan sebagai mangsa
  • Apa-apa sahaja benda seperti baju, sapu tangan atau songkok yang masih mempunyai peluh orang yang mahu disihir.
Tanda-tanda bahawa seseorang itu telah terkena sihir, antaranya  adalah seperti berikut:

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR 
  • Sangat susah untuk tidur pada waktu malam. Kalaupun dapat tidur, sesudah begitu lama bersusah payah memejamkan matanya.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan, akan tetapi tidak terdaya.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham sering berlaga dan  berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat mahu dan sedang tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa disedari.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, di tempat pembuangan sampah ataupun tempat-tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan selalu terasa bisa seperti digigit sesuatu, terasa berat dan selalu berasa malas melakukan sesuatu
  • Berasa sakit ketika menziarahi orang meninggal dunia.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Berasa sakit dada selepas waktu asar dan  ke atas.
  • Bermimpi berada  di tempat yang kotor.
  • Berasa sakit pada  anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Berasa semacam ada benda bergerak di bawah kulit.
  • Bayi kerap menangis
  • Terdengar semacam bunyi guli jatuh di atas syiling.
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun kerana  perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau terhadap orang yang baru dikenali.
  • Berasa malas untuk mengerjakan ibadat.
  • Menjadi nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Cepat  panas baran.
  • Sikap  boleh berubah secara mendadak
  • Berasa gelisah dan panas di tengkuk apabila mendengar  bacaan al-Quran.
  • Gemar  melakukan tabiat buruk  
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Kerap sendawa apabila mendengar  bacaan al-Quran.
  • Jika hamil, kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Berasa mengantuk apabila mendengar bacaan al-Quran.
  • Mengalami pendarahan  haid  melebihi 15 hari.
  • Selalu mengalami batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan-angan
  • Mudah berasa  rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri
  • Mempunyai nafsu seksual yang melampau.
  •  Selalu melihat  ada kelibat makhluk lain di dalam rumah.
  • Terasa semacam diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar  bisikan yang menyuruh melakukan sesuatu
  • Sakit mental atau gila.
  • Kepala selalu terasa pening, objek-objek seperti berpusing, tetapi tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua-dua belah mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu terlupa untuk berzikir Allah, liat mengerjakan solat dan mentaati perintah Tuhan yang  lainnya.
  • Fikiran selalu berasa kacau, badan berasa letih lesu dan malas, juga Saraf sering  tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
 TANDA-TANDA LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT
  • Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta bertukar kepada marah, rasa suka bertukar kepada benci dan sebagainya.
  • Meragui kejujuran pasangan, dan berasa semacam pasangannya berlaku curang. Perasaan ini akan berlegar-legar di dalam fikiran mangsa sihir.
  • Amat sensitif dan sukar untuk mengakui  atau menerima kesalahannya.
  • Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.
  • Membenci pasangannya dengan perasaan yang meruap-ruap.
  • Marah kepada pasangannya apabila berada di rumah, tetapi akan berasa aman dan tenteram apabila pasangannya tiada di sisi. Namun begitu, dia akan  merindui pasangannya ini apabila berjauhan.
 Terdapat pendapat yang   menyatakan bahawa  tanda-tanda seseorang itu terkena sihir, gangguan jin atau saka boleh  dilihat dari simptom-simptom tersebut. Jika seseorang itu mempunyai tiga (3) daripada simptom yang digariskan di atas, maknanya dia telah terkena gangguan jin, sihir dan saka (lihat http://www.resepirahsiaku.com).

Selalunya apabila jin telah memasuki tubuh seseorang, maka anggota badannya seperti  tangan, kaki atau lidah akan berasa sakit dan saraf berasa seperti tersumbat. Jika keadaan itu berterusan, maknanya jin itu telah bermukim dalam tubuh seseorang. Jika sihir yang dihantar melalui jin itu pengaruhnya sekejap sahaja, seseorang itu akan didatangi mimpi buruk atau mimpi yang amat menakutkan. Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Hal ini demikian kerana melalui otak, jin akan dapat mempengaruhi bahagian mana sahaja pada tubuh badan seseorang yang disukainya. Kajian oleh beberapa doktor perubatan  membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin (seperti histeria) memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh. Sementara itu, keterangan daripada orang yang arif tentang cara mengubati  orang yang terkena sihir atau kerasukan jin ini menjelaskan  bahawa jin kerap memberitahu mereka bahawa tempat yang paling disukainya adalah otak manusia (rujuk  http://www.resepirahsiaku.com).

Pembacaan ini juga menemukan bahawa kaum wanita biasanya akan mula mencari “pandai sihir” atau bomoh apabila mahu menentang kemahuan suaminya untuk berkahwin lagi. Hal ini demikian kerana istilah poligami itu telah membudaya dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai sesuatu yang tidak baik atau negatif. Pada hal, Allah SWT mengizinkannya. Tentulah ada rahsia Allah SWT memberi izin akan hal ini. Paling mengejutkan apabila ada wanita yang rela suaminya mempunyai perempuan simpanan daripada memberi izin suaminya berkahwin lagi. Alangkah peliknya apabila ada wanita begitu tamak hingga sanggup membiarkan suami mereka bergelumang dengan dosa, dan  sanggup juga membantah hukum Ilahi. Pada hal Allah SWT telah menyebut di dalam Surah ar-Rum: ayat 21:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara mu kasih dan sayang".

Pada dasarnya, kaum lelaki juga perlu mengerti, bahawa berpoligami mestilah bukan atas dasar nafsu, tetapi atas niat yang baik seperti yang Rasulullah SAW tunjukkan, iaitu untuk membela dan mengangkat kedudukan seseorang wanita. Membela bermaksud, melindunginya dari fitnah jika dia hidup bersendirian, memberinya perlindungan  fizikal dan kemanusiaan lebih-lebih lagi jika wanita itu seorang janda dengan anak yang ramai, membimbing  wanita itu untuk mendekati Allah dan pelbagai  maksud baik yang lain lagi. Lelaki yang mahu berpoligami perlu berpegang kepada ayat suci al-Quran daru Surah an-Nisa’: ayat 3, iaitu:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya), maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”  

Namun isteri pertama dan anak-anak selalu berfikir lain. Pertama, mereka berfikir bahawa kasih suaminya akan terbelah dua; kedua, perhatian si suami atau si bapa itu akan berlebihan kepada isteri keduanya, dan yang ketiga dan paling ditakuti oleh isteri pertama dan anak-anaknya adalah kalau kelak harta si suami mesti dibahagikan kepada wanita lain yang tiba-tiba melangkah masuk ke dalam keluarga mereka. Dalam masa yang sama, isteri pertama dan anak-anak sering dibayangi tohmahan masyarakat bahawa si suami mahu beristeri lagi lantaran isteri pertama gagal menjalankan fungsinya sebagai isteri yang sempurna. Situasi ini membuatkan isteri pertama dan anak-anaknya gelap mata, lantas bertemu “pandai sihir” untuk menutup keinginan si suami kepada wanita lain. Namun, ada juga  suami yang berpoligami disihir oleh isteri keduanya dengan tujuan untuk merampas sepenuh kasih sayang dan perhatian si suami kepada dirinya seorang. Meskipun isteri kedua memiliki hak yang sama di sisi Islam dengan hak yang diperoleh oleh isteri pertama ke atas suaminya, namun toleransi perlulah ada pada dirinya kerana dia baharu sahaja hadir di dalam keluarga itu.
Sebenarnya, jika seseorang wanita itu mempelajari agama, dia akan mengerti bahawa dalam ruang hati seorang lelaki yang berpoligami, Allah SWT akan membuka satu ruang baru untuk isteri keduanya itu. Hal ini bermakna, ruang kasih untuk isteri pertama dan anak-anaknya sedikit pun tidak terjejas atau berubah. Keluarga baru suaminya itu pula akan memperoleh ruang kasih baru yang dibukakan oleh Allah SWT  di dalam hati si suami itu. Bagi suami yang berasa khuatir atau curiga dengan tindak tanduk isterinya, perlulah mengamalkan bacaan al-Fatihah dan Ayat Kursi serta selalu membaca apa-apa doa pelindung.  

Justeru sesiapapun yang menghadapi sesuatu dugaan hidup, elakkan lah diri sama sekali daripada menyekutukan Allah SWT melalui perbuatan dan amalan sihir ini. Perlu diingat, bahawa hidup di dunia hanya sementara sahaja dan dunia ini adalah pentas ujian bagi Allah untuk menguji hamba ciptaan-Nya. Menggunakan analogi peperiksaan, sesiapa yang berilmu dan beramal, maka Allah SWT akan mengelompokkan nya  ke dalam  kelas terbaik, iaitu syurga (jannah). Manakala yang tidak mahu belajar, tetapi mahu berjaya dengan jalan pintas, lantas menggunakan sihir dan jampi serapah, maka Allah SWT akan menempatkannya  di tempat yang paling sesuai dengan perbuatannya itu pula.

CARA MENGUBATI SIHIR 
Pembacaan saya tentang tajuk ini juga menemukan beberapa kaedah untuk merawat pelbagai simptom-simptom sihir yang telah disenaraikan di atas. Antaranya adalah:

(1)            Mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah dari pilihan beberapa surah di dalam al-Quran. Ayat ini boleh dimuat turun daripada youtube ataupun 4 shared. Dengar sahaja, jangan ikuti pembacaannya sebab mungkin bacaan kita tidak tepat tajwid nya. Selama tiga (3) hari, mestilah didengar Setiap hari tiga (3) kali. Paling baik kalau dibuka terus-terusan sepanjang malam sewaktu kita sedang tidur supaya jin yang dihantar melalui sihir itu berasa panas, lantas meninggalkan tubuh mangsa sihir itu. Saya juga terbaca bahawa ayat-ayat Ruqyah ini perlu dielakkan daripada didengar semasa sedang memandu kerana dibimbangi boleh mengakibatkan kemalangan jika jin yang dihantar melalui sihir ke dalam tubuh seseorang itu berasa panas dan berterpaan di dalam urat darah seseorang untuk mencari jalan keluar, lantas  mengganggu konsentrasi pemanduan mangsa sihir itu.

(2)           Membaca sendiri ayat-ayat Ruqyah yang saya paparkan di bawah ini dengan bacaan yang baik (sempurna). Seelok-eloknya, amalkan setiap hari, tetapi untuk tiga (3) hari pertama, mestilah dibaca sebanyak tiga (3) kali ulang.
AYAT_RUQYAH_SYARIAH   (sila klik untuk membacanya)

(3)           Jika kita cuba menolong orang lain, maka bacakan ayat-ayat Ruqyah ini yang terdiri daripada ayat-ayat berikut: 
  •  Surah al-Fatihah
  • Surah al-Baqarah: ayat 1-5
  • Surah al-Baqarah: ayat 102 (7x)
  • Surah al-Baqarah:  ayat 163-164
  • Surah al-Baqarah:  ayat 255 (Ayat Kursi)
  • Surah al-Baqarah:  ayat 285-286
  • Surah al-‘Imran: ayat 18-19
  • Surah al-A’raf : ayat 54-56
  • Surah al-A’raf:  ayat 117-122
  • Surah Yunus : ayat 81-82
  • Surah Thoha : ayat 69
  • Surah al-Mukminun: ayat 115-118
  • Surah as-Shaffaat: ayat 1-10
  • Surah al-Ahqaf : ayat 29-32
  • Surah ar-Rahman:  ayat 33-36
  • Surah al-Hasyr:  ayat 21-24
  • Surah al-Jin:  ayat 1-9
  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Falaq
  • Surah an-Nas
 (4)          Sebaik-baik minum tiga teguk air daripada satu  baldi air yang telah  dibacakan Surah al-Fatihah, Ayat Kursi dan ayat-ayat suci al-Quran dari surah 4 Qul. Kemudian, baki air itu digunakan untuk mandi sebagai bilasan terakhir. Badan tidak boleh dilap (dikeringkan dengan tuala). Selepas mandi, teruslah berpakaian. Paling elok mandi pada sebelah petang dan dilakukan setiap hari hingga dirasakan bahawa diri kita telah terlepas dari sihir itu.

(5)           Baca surah  al-Baqarah: ayat 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

(6)          Bagi perempuan yang didatangi haid, digalakkan mendengar ayat Ruqyah yang dirakamkan atau dimuat turun dari internet. Baik juga jika dirakamkan surah as-Shaffaat untuk didengar sepanjang tempoh berhadas besar itu.

(7)          Amalkan berzikir “Lailahaillahu wahdahu la syarikalah. Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir” 100 kali setiap pagi dan petang. Sebaik-baiknya berzikir kepada Allah pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu hendak makan.

(8)           Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali setelah memohon kepada Allah SWT agar ular itu keluar dari rumah.

(9)           Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Apabila seseorang itu semakin  dekat dengan Allah, maka syaitan akan semakin menjauhinya.

(10)       Sentiasa membaca Bismillah" pada setiap kesempatan, terutamanya ketika :-
  • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
  • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
  • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
 (11)       Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina, ataupun  nyanyian yang boleh merangsang nafsu seseorang.

(12)      Tidak memandang wanita dengan  nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.

(13)      Jangan tinggal di rumah yang sudah lama kosong atau  sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan jangan mendekati tempat-tempat yang kotor.

(14)      Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

(15)      Jangan membuang air kecil merata-rata tempat atau pada lubang yang didiami  oleh binatang.

(16)      Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

(17)      Hindarkan daripada melakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi jin dan iblis untuk merasuk manusia                        

Penelitian saya ini juga menemukan bahawa terdapat sebanyak sembilan (9) jenis sihir yang diamalkan oleh bomoh atau pandai sihir untuk mengenakan seseorang mangsa. Jenis-jenis sihir itu adalah:
  • Al-Marad – iaitu sejenis sihir yang menyebabkan mangsa sentiasa berasa sakit  pada anggota tertentu badannya, anggota badan tidak berfungsi secara tiba-tiba atau tubuh badan menjadi kaku tiba-tiba (penyakit lumpuh dikatakan berpunca dari angin merah yang memasuki tubuh dengan dibawa oleh  jin).
  •  Al-Hawatif – iaitu sejenis sihir yang membuatkan seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru orang di dalam mimpinya, dan mendengar suara orang bercakap setelah terjaga. Selain itu, sihir ini membuatkan seseorang itu sentiasa berasa  was-was dan sering berasa syak wasangka terhadap orang yang rapat atau disayanginya. 
  • Ta’til Tawaj – iaitu sihir yang dikenakan kepada  seseorang  dengan tujuan untuk merosakkan niat seseorang untuk berkahwin. Kesannya, mangsa sihir akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah, mudah lupa (terutamanya terhadap orang yang mahu dikahwininya) dan juga kehilangan nafsu syahwat. 
  • Tafriq – iaitu sihir yang dikenakan kepada mangsa dengan tujuan memisahkan mana-mana pasangan suami isteri. Kesan daripada sihir ini, maka akan  timbul perasaan marah dan benci dalam jiwa pasangan suami isteri itu apabila memandang antara satu sama lain sehingga meruntuhkan  rumah tangga mereka. 
  • Al-Mahabbah – iaitu sihir yang dikenakan oleh seorang  isteri terhadap suaminya dengan tujuan agar   suaminya itu dapat dikuasainya dan  taat serta patuh akan arahannya. 
  • Takhayyul – iaitu sihir yang membuatkan mangsanya sentiasa berkhayal. Hal ini akan menyebabkan mangsa berimaginasi tentang sesuatu benda hingga menimbulkan ketakutan kepada dirinya. Objek yang kecil juga pada  pandangannya boleh menjadi  besar. 
  • Nazif – iaitu sihir yang dikenakan terhadap mana-mana  wanita hingga wanita itu  mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya). Lumrahnya, darah ini akan keluar berterusan selama berbulan-bulan. 
  • Al-Junun – iaitu Sihir yang menjadikan seseorang itu menjadi lupa dan kerap tersasul. Apabila bercakap, matanya akan terbeliak, tidak fokus pada suatu dan sering sahaja bertukar kerja. Sihir ini juga akan membuatkan mangsanya selalu  keluar dari rumah tanpa hala tuju dan suka tinggal di rumah seorang diri. 
  • Al-Kumul – iaitu sejenis sihir yang menyebabkan mangsanya suka bersendirian untuk tempoh masa yang panjang, benci akan  perhimpunan yang ramai, sentiasa resah dan lambat melakukan sesuatu kerja (rujuk http://www.resepirahsiaku.com ).
 Sebenarnya ada pelbagai cara  yang dilakukan oleh bomoh atau “pandai sihir” untuk mendapatkan khidmat jin dan iblis bagi melaksanakan sihirnya apabila dia diupah untuk mengenakan sihir kepada mana-mana mangsa oleh  pelanggannya. Perlakuan yang mereka lakukan tentu sekali amat bercanggah dengan ajaran dan syariat Islam. Antaranya adalah menjadikan:

Mashaf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan menggunakan darah haid sebagai dakwatnya, menulis atau mengamalkan sesuatu surah secara terbalik seperti membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas secara songsang, mengerjakan solat tanpa berwuduk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan bersemah untuk syaitan atau  keramat, menyembah bintang-bintang, melakukan perbuatan rogol atau sumbang mahram dan ada juga yang menulis mantera-mantera yang tidak diketahui maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah SWT (rujuk http://www.rawatansihir2u.com/).

          Jin dan iblis akan memberi khidmat baktinya sebagai khadam kepada seseorang bomoh atau “pandai sihir” setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat ataupun melakukan perjanjian. Bomoh atau “pandai sihir” perlu memberi habuan tertentu kepada jin dan iblis itu untuk mendapatkan khidmat mereka. Semakin kufur seseorang bomoh atau “pandai sihir” itu kepada Allah SWT, maka  taatlah jin dan iblis  kepadanya. Jika seseorang bomoh atau “pandai sihir” itu tidak menunaikan tuntutan jin dan iblis kepadanya, maka khidmat jin dan iblis itu tidak akan diperoleh untuk melaksanakan sihirnya dalam memenuhi kehendak para pelanggannya.   Sebab itulah .Oleh itulah, bomoh atau “pandai sihir” itu perlu menjadi sahabat  karib bagi melancarkan gerak kerja menyihir seseorang mangsa apabila menerima upah daripada  pelanggannya. Jika kita mentaati Allah SWT, maka kita akan berupaya melihat  dengan jelas wajah kekufuran seseorang bomoh atau “pandai sihir” itu seolah-olah sedang ditabiri oleh mendung hitam (rujuk http://www.rawatansihir2u.com/ )

Pada hakikatnya,  tiada faedahnya menyihir orang lain kerana sakit hati, dendam, marah atau sebagainya. Jika seseorang itu berbuat jahat kepada orang lain, maka hidupnya tidak akan gembira atau bahagia, hatinya tidak akan tenteram , malah jiwanya akan selalu berasa  keluh-kesah. Berserah dirilah kepada Allah SWT dan selalu berasa reda terhadap ujian-Nya. Sentiasalah berfikiran positif dengan menganggap setiap ujian Allah itu sebagai tanda kasih sayang-Nya, bahkan sebagai cara untuk menggugurkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Setiap kali jika seseorang itu berhasrat untuk berbuat jahat, maka cubalah ingat akan firman Allah SWT ini, iaitu:

“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkan nya pada hari kiamat dalam keadaan buta" (ayat 124).

Selain itu, ingatlah bahawa pembalasan Allah SWT pada hari akhirat kelak amat berat kepada orang yang melakukan sihir ini. Justeru Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang mati pada masa  dia dalam keadaan taat akan Allah dan beramal soleh, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah SWT untuk hidup kembali dengan keadaan yang menyukakan hatinya; dan sesiapa yang mati pada masa dia dalam keadaan derhaka kepada Allah, yakni berbuat jahat, maka dia akan dihidupkan kembali dengan keadaan yang amat mendukacitakannya".

Sumber Rujukan:

Al-Quran.


Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


SURAH AL-HAQQAH TENTANG HARI PEMBALASAN

Kisah tentang hari Kiamat ketika semua insan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan diberikan buku amalannya sama ada dengan tangan kanan atau tangan kiri. Dibaca dengan penuh keinsafan oleh imam sehingga beliau dan para  makmumnya menangiskeinsafan  kerana membayangkan hari pembalasan yang amat hebat itu.

BERDOALAH UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP

Kitab al-Quran al-Karim adalah kitab samawi yang diturunkan dari langit. Sejak Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul, sebanyak 114 Surah telah diturunkan Allah SWT kepada baginda. Selama ini, kita selalu diajarkan bahawa jumlah ayat di dalam Kitab al-Quran adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666), iaitu suatu angka yang mudah disebut, dihafal, serta kelihatan cantik angkanya. Namun, bilangan tentang jumlah ayat itu telah disanggah sekarang, misalnya melalui pengiraaan ayat seperti di bawah (rujuk http://www.e-bacaan.com/artikel_6666.htm):



SURAH
 JUMLAH AYAT DALAM SATU SURAH JUMLAH PENUH
1 HINGGA 5
7+286+200+176+120789 AYAT
6 HINGGA 10
165 +206 +75 +129 +109684 AYAT
11 HINGGA 15123 + +111 +43 +5299
428 AYAT
16 HINGGA 20
128111 +110 +98 +135582 AYAT
21 HINGGA 25112 +78 +118 +64 +77
449 AYAT
26 HINGGA 30
227 +93 +88 +69 +60537 AYAT
31 HINGGA 3534 +30 +73 +54 +45
236 AYAT
36 HINGGA 4083 +182 +88 +75 +85
513 AYAT
41 HINGGA 45
54 +53 +89 +59 +37292 AYAT
46 HINGGA 5035 +38 +29 +18 +45
165 AYAT
51 HINGGA 55
60 +49 +62 +55 +78304 AYAT
56 HINGGA 60
96 +29 +22 +24 +13
184 AYAT
61 HINGGA 6514 +11 +11 +18 +12
66 AYAT
66 HINGGA 70
12 +30 +52 +52 +44190  AYAT
71 HINGGA 7528 +28 +20 +56 +40
172  AYAT
76 HINGGA 80
31 +50 +40 +46 +42209 AYAT
81 HINGGA 8529 +19 +36 +25 +22
131 AYAT
86 HINGGA 90
17 +19 +26 +30 +20112 AYAT
91 HINGGA 9515 +21 +11 +8 +8
63 AYAT
96 HINGGA 100
19 +5 +8 +8 +1151 AYAT
101 HINGGA 10511 +8 +3 +9 +5
36  AYAT
106 HINGGA 110
4 +7 +3 +6 +323 AYAT
111HINGGA 1145 +4 +5 +6-
20 AYAT
JUMLAH KESELURUHAN AYAT
6,236  AYAT


Pada dasarnya, ayat al-Quran sangat besar fadzilatnya dalam mengubati pelbagai penyakit. Sesiapa yang berpegang kepada al-Quran juga, rezekinya tidak akan putus. Saya telah melihat sendiri kebenaran hal ini ketika berkunjung di rumah seorang Guru al-Quran di Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman. Guru al-Quran ini setiap hari hanya mengaji, tapi ramai benar murid yang datang mengaji kepadanya tentang fadzilat al-Quran. Ketika saya ke rumahnya bersama kakak dan ibu saya kerana dia ingin benar bertemu dengan ibu saya yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, rumahnya sentiasa dikunjungi tetamu. Misalnya ketika saya sedang berada di rumahnya, 3 orang pensyarah lelaki dari Universiti Malaysia Perlis (UMP) datang belajar dengannya. Mereka khabarnya pelajar tetapnya. Demikianlah sepotong kisah ringannya rezeki orang yang hidup berdampingan dengan al-Quran.

Di bawah ini, saya kemukakan beberapa surah yang terdapat di dalam Youtube yang memperlihatkan kegunaan ayat--ayat suci al-Quran. Antaranya, jika mahu mengubati penyakit, bacalah surah ini:



Manakala, sebagai pendinding diri, ayat suci al-Quran di bawah boleh dibaca di telinga peasakit:



Ayat terbaik untuk  menghindari gangguan makhluk halus yang menyesatkan iman adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang dipanggil ayat-ayat Ruqyah. Saya telah menulis tentangnya, tetapi diulangi sekali lagi ayat ini di dalam catatan kali ini:



Ayatul Kursi juga merupakan ayat al-Quran yang sering digunakan untuk membentengi diri daripada gangguan makhluk halus atau manusia yang berniat jahat, iaitu seperti berikut:



Akhirnya, satu lagi kumpulan ayat al-Quran sebagai pendinding diri yang bagus boleh dilihat melalui url berikut:



Sebagai satu dakwah jika boleh saya katakan ini sebagai dakwah, saya ingin mengingatkan semua insan yang membaca blog saya ini, beramallah dengan al-Quran dalam apa jua masalah yang dihadapi, bukannya pergi  bertemu dengan bomoh atau "pandai sihir".  Allah SWT yang mencipta kita dan kepada-Nya jualah  kita akan kembali, jadi HANYA kepada Allah SWT dahaja kita sesuai bermohon pertolongan. Janganlah kita tersesat langkah dengan mempercayai kuasa bomoh dan "pandai sihir" kerana balasan Allah SWT terhadapnya amat berat, khususnya apabila   kita terpesona dengan kepandaian atau kebolehan mereka. Paling perlu kita ingat, Iblis telah meminta kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia. Melalui kepandaian bomoh dan "pandai sihir" ini yang bersahabat dengan makhluk tertentu itu, maka sesuatu pertolongan yang diminta akan berjaya, lantas seseorang itu  berbuat syirik  kerana menyekutukan Allah SWT Yang Maha Esa. Kita perlu berfikir dengan cermat dan jangan terpengaruh dengan tipu daya manusia yang selalu menyebut  bahawa bertemu bomoh atau "pandai sihir" itu hanyalah satu " ikhtiar", dan bukannya untuk   "percaya kepadanya". Sebab, jika kita pergi kepadanya, kalaupun tidak banyak,  iman kita pasti dipesongkan oleh makhluk jin dan iblis ini. Wallahu'alam bissawab!